Thursday, December 23, 2010

:: Aku Terima Nikahnya ::

Jeng..jeng..jeng...huhu..suspen je tajuknye kannn...cik puteri lom kawen lagi laa...ni cik puteri nak citer aka share ckit la apa yang cik puteri dpat dari pembacaan cik puteri dari buku yang bertajuk Aku Terima Nikahnya....urm, bagi mengisi masa lapang cik puteri...lame dah buku ni ada ngan cik puteri..ekceli pinjam je pun..dr kawan pada adik cik puteri..sbb nya, cik puteri terjumpa lam bilik adik..apa lagi..baca je la...ok, ni beberapa potongan ayat dari buku yg bagi cik puteri..sangat2 terkesan dihati...sharing is caring!!!tapi..kalau tak puas...nak tau apa isi penuh buku tersebut, dapatkan si pasaran yea!!!

· * “ Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang sempurna, maka nanti apabila kit amembuat pilihan keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggap sebagai seorang yang sempurna”.

· * Terimalah seseorang seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai

* Seorang isteri yang menghalang suaminya keluar berjuang (bekerja), akan sentiasa memiliki suami yang sentiasa mahu keluar. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya keluar berjuang, akan sentiasa menerima kepulangan suami yang sentiasa berusaha untuk pulang.

* “ Perginya suami atas dorongan isteri, ialah pemergian yang dibayangi bayangan”.

* “ Jangan bergaduh dengan orang yang bodoh, nanti kamu yang bodoh. Orang yang bodoh itu dinding batu, kamu baling dengan bola ping pong, dia berpatah balik kena diri kamu. Lawan orang bodoh , bodoh! Lawan orang gila, gila!”

* “Ya Allah, ampunilah ibu bapa kami, rahmatilah mereka, maafkan mereka, dan uzurkan kekurangan – kekurangan mereka. Tempatkan mereka di dunia rahmat-Mu, dan Akhirat redha-Mu, Amin..”

* Anak-anak jiwanya tidak sebesar ayah dan bonda. Kasihnya kadang-kadang tidak sampai ke makam ayah dan bonda. Namun seorang ibu dan ayah mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak-anaknya. Bukan setahun dua, malah majority nyawa dan usia. Mereka mampu membelai, mereka mudah memaafkan kita, kerana mereka kasih dan cinta, dengan CINTA TANPA SYARAT.

· * Allah sebagai tuhan yang bersifat al-Wahhab bermaksud ‘ Yang maha memberi ’. namun member dengan sifat al-Wahhab itu, terkandung di dalamnya 5 sifat:

1. Memberi tanpa meminta apa-apa balasan. Allah, tuhan yang al-Wahhab itu Maha Kaya, tak perlu kepada makhluk. Kerana itulah Allah swt member dengan sifat-sifat Nya yang al-wahhab tanpa mengurangkan langsung perbendaharaanNya. Percikan sifat al-Wahhab itu Allah limpahkan kepada jiwa ibu bapa kita agar mereka kaya dengan kasih dan saying. Saying kepada seorang anak tidak berbeza dengan sayang nya kepada 9 anak yang menyusul kemudian. Anak derhaka, menconteng arang ke muka, mereka masih terus memberi kasih saying, kerana mereka beroleh kasih saying Rahmat Allah yang al-Wahhab.

2. Member secara berulang-ulang. Al-wahhab terus member berulang kali, tidak jemu memberi dan tidak marah diminta. Percikan sifat inilah yang Allah limpahkan ke jiwa ibu bapa kita. Mintalah susu pada setiap malam pada usia kecilmu, ibu akan bangun meraba dinding mencari cahaya, demi anak yang diberikan hati dan cint. Dia tidak jemu, bahkan sejurus selepas kita dewasa, diberikannya pula cinta itu kepada adik kecil yang baru menjenguk dating ke hidup duniawi.

3. Member tanpa diminta. Allah swt Tuhan yang al-Wahhab, member tanpa diminta. Hitunglah pada pelbagai yang ada disekeliling kita. Dia berikan kita wajah yang cantek tanpa kita minta. Dia berikan kita sahabat yang baik, tanpa kita minta dan jangka. Allah itu maha member dengan sifat-Nya yang al-Wahhab. Sifat inilah yang Allah tanamkan kepada naluri ibu dan bapa. Pelbagai keperluan dan hiasan hidup diberikan tanpa diminta. Ibu mencium dahi, ayah menyapu kepala, semuanya demi saying mereka kepada kita, saying yang diberi tanpa diminta.

4. Member sesuatu yang berharga. Allah, Dia yang al-Wahhab member dengan sifat itu perkara-perkara besar yang amat berharga. Dia kurniakan kita dengan sifat al-Wahhab itu, bukanlah hiasan-hiasan dunia yang tidak berharga. Al-Wahhab, daripada-Nya dating RAHMAT yang menyelamatkan kita, mengampunkan kita, memelihara kita tanpa mengjhitung kan satu saat dibalas nikmat, satu maksiat dibalas binasa dan kiamat. Peluang demi peluang diberikan. Sehinggalah sampai masa pintu taubat itu Dia tetap atau kita menutupnya sendiri. Semuanya diberikan kerana kita hidup untuk TUJUAN yang besar.

Cebis-cebis sifat inilah Allah limpahkan kepada jiwa ibu dan bapa kita. Diberikan kasih sayang yang tidak mampu diberi walau oleh dua pasangan yang paling bercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah selama-lamanya. Semuanya diberi agar kita membesar penuh sempurna, menjadi insan yang Berjaya dan mulia.

5. Memberi sesuatu yang baik untuk manghasilkan kebaikan. Allah jua dengan sifat al-Wahhab memberikan pelbagai kebaikan kepada kita agar dengan kebaikan itu kita sambut dengan syukur dan taat, berupa khidmat kepada sesame insane. DiberikanNya kita harta, agar kita bersedekah. DiberikanNya kita ilmu agar kita berdakwah. DiberikanNya kita pelbagai yang baik, agar dengannya kita berbuat baik.

Kita mohon agar Allah limpahkan rahmatNya kepada kedua ibu bapa kita. Allah memberikan rahmat itu dengan sifat al-wahhabNya. Dengan itu jualah diberikannya ibu dan bapa kita kasih sayang tanpa syarat untuk anak-anak mereka. Dengan itu jualah mudah-mudahan Allah mengasihani kita tanpa syarat, mengampunkan kita tanpa syarat. Kerana syarat Allah terlalu perkasa untuk disahut oleh hamba yang lemah dan kerdil seperti kita.

· * Nama-nama juga perlu dipiliih agar menjuruskan kepada peribadi yang diinginkan. Biar nama anak lelaki, menjurus kepada peribadi yang teguh, tegas, kental, berkepimpinan dan berwibawa. Manakala nama anak perempuan, menjurus kepada peribadi yang jernih, lembut dan terpelihara, mencantikkan maruah diri. Selepas anak-anak diberi nama yang baik, susulkanlah pula dengan didikan yang bersesuaian dengan nama yang diberi. Kalau Muhammad dibesarkan dengan cara musuh Muhammad, akan lahirlah pada akhir zaman Abu Lahab dan Abu Jihal bernama Muhammad. Nauzubillah.

· * Baginda SAW merenung al-Aqra’ ibn habis al-Tamim dan berkata,” sesiapa yang tidak mengasihani, tidak akan dikasihi!” (Riwayat al-Bukhari)

* Ya, yang malang itu bukanlah tidak dikasihi, tetapi gagal mengasihi, kegagalan kita mengasihi kanak-kanak ialah kegagalan kita mencontohi sifat penting baginda SAW itu sendiri.

* Bagi yang berpegang bahawa ibu bapa sentiasa betul…itu bukan ajaran agama islam!

· * “ Tidak masuk syurga sesiapa yang didalam hatinya ada sebesar zarah sekalipun sifat ego.” (Riwayat muslim)

· * Dengar suara anak, agar suaramu didengari mereka.

· * Izinkan anak memberi pandangan, agar pandanganmu diambil kira.

* Belajar menerima teguran anak-anak agar teguranmu diterima.

· * Mulakan dengan diri sendiri, anak-anak lahir untuk mematuhi.

* …kehilangan kasih dan sayang ialah seperti dahaga yang tidak bertemu minum, lapar yang tidak bertemu makan.

· * Jika mahu bercinta, jangan merancang hanya ke pelamin. Masukkan sekali urusan lampin kerana rumah tangga bukan Utopia Cloud Nine. Ia adalah kombinasi suka dan duka. Namun dalam duka tetap ada bahagia, itulah nikmat hidup berumah tangga. Medan memberi yang paling mulia.

0 comments:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment


Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers Lilypie First Birthday tickers