Wednesday, June 22, 2011

:: Tips mengetahui jantina anak dalam kandungan ::

Salam..saje nk citer pasal jantina anak nie..tapi anak sendiri lam perut ni pun sebenarnya lom tau lagi gendernya...
blom scan lagi...suspen jugak...hr ni dok bace2 blog...terbaca this artikel..taken from here..


Soalan paling popular yang diajukan kepada ibu mengandung selepas pertanyaan bila due?
ialah dah scan dah baby apa? hehe.. betul kan? Teruja sungguh orang sekeliling kita nak tahu
baby yang kita kandung kan? kan? hehe.. tak kurang juga yang teruja nak meneka-neka baby
apa dalam perut tu..



Meh sini kita baca petua orang tua-tua dalam meneka jantina anak dalam kandungan..
maklumla dulu kan takde kemudahan ultrasound ni....

1) Melihat kepada perut si ibu. Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan,
maka anak dalam kandungan tu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar / melebar ke tepi,
itu kemungkinan anak perempuan.

2) Melihat kepada nipple breast si abang atau kakaknya. Kalau nipple abang atau kakaknya terbelah..
maka anak yang dalam kandungan tu anak pompuan. Sebaliknya, kalau nipple tu bulat / timbul
maknanya anak dalam kandungan adalah lelaki. Ingat..nipple abang atau kakak kepada anak dalam
kandungan tau. Bukan nipple ibu ataupun kakak atau abang si ibu..hehehe...

3) Melihat arah tidur si ibu. Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kanan..
maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. Sebaliknya, kalau suka mengiring ke kiri..
hah mungkin anak pompuan.

4) Merasa arah berat perut. Kalau si ibu merasa bahawa anak dalam kandungan suka
duduk kat sebelah kanan..mungkin anak lelaki. Sebaliknya..kalau baby tu suka dok sebelah kiri..
mungkin pompuan.

5) Melihat perangai si ibu. Kalau si ibu semasa mengandung suka bersolek, bergaya..
hah kemungkinan anak dalam kandungan tu pompuan. Sebaliknya kalau malas nak bersolek,
bergaya ni..anak lelaki la tu.

6) Melihat garisan pada perut ibu. Kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan
tak putus-putus maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki tapi kalau terputus..kemungkinan pompuan.

7) Melihat pada wajah si ibu. Kalau wajah ibu berseri-seri orang kata anak lelaki tapi
sebaliknya kalau muka tak berseri orang kata anak pompuan..sebab anak pompuan tu telah
menarik seri wajah ibu dia..sebab tu muka ibunya tak berseri..

8) Melihat kepada buku lali si ibu. Kalau kelihatan licin dan putih berseri, kemungkinan
anak lelaki. Jika kelihatan kehijauan mungkin anak perempuan (ni dapat kat http://aidura.blogspot.com)

9) Melihat kepada response baby lelaki atau perempuan terhadap ibu yang mengandung.
Katanya, kalau baby pompuan tu suka kat ibu mengandung ni..anak dalam kandungan kemungkinan
lelaki. Tapi sebaliknya kalau baby pompuan tu tak suka kemungkinan ianya sama jantina dengan dia..
pompuan. Begitulah sebaliknya..

Ni hanya petua orang tua-tua. Hanya ramalan mereka aje. Janganlah percaya bulat-bulat..
Tak kisah la anak lelaki ke pompuan..yang penting sihat. Apa jua jantina..itulah ikatan
kasih sayang antara suami isteri..kan?

0 comments:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment


Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers Lilypie First Birthday tickers