Tuesday, February 19, 2013

7 PUNCA UTAMA CEPAT LAPAR


1) Minum terlalu banyak minuman manis
- Hasil daripada kajian oleh University of California di San Fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh 'menipu' otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya.

(2) Makan makanan bertin
- Makanan di dalam tin terdedah 
kepada bahan kimia sepertibisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.

(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi
- Hasil kajian terhadap 6746 orang selama empat (4) tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil 300 kalori pada sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak dua (2) kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.

(4) Tidak makan sayur-sayuran
- Khasiat di dalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(5) Tidak minum teh kurang gula
- Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(6) Kurang minum air masak
- Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum makan anda perlu minum air masak terlebih dahulu.

(7) Kebosanan
- Hasil daripada kajian penyelidik Flinders University, Australia mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak.

-Artikel Iluvislam.com 









10 Tips Mengajar Anak

10 Tips Mengajar Anak


Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya.

1. Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan Berbahasa Bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

3. Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

4. Bacakan Buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

5. Mula Awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6. Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

8. Belajar Dengan Gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.
10Teruskan! 
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.

credit: karangkraf

Aksi Qaid masa di Big Bad Wolf Expo kat Mines tahun lepas...







Tuesday, March 20, 2012

:: Belai diri dengan Mary Kay ::

puhhh..puhhh....uhuk uhuk....habuk banyakkk nyerrrrr....

demi nk sample free, sanggup lap habuk neh...akak, lieza NM.....silalah...sample free tu yea...heheheh....

Wednesday, November 16, 2011

:: Si kecik...Qaid Faeth Wafiq.. ::




Salam...





fuhhhh..berabuk la blog sayer nie..malas giler nak update..hormon masa mengandung kot..asik malas saja....kali ni dah tak ngandung..harap2 hormon malas pun ilang laa...huhuhu...

saya nk citer pengalaman bersalin..sebelum lupa sakit beranak ni, baik ditulis ala ala diary kat sini...sok2 rase mcm dah tak bape ingat sakit beranak tu, bukak balik blog..baca sendiri..okkay!!

kisahnya bermula begini...

24hb Okt 2011 (isnin)
- check up macam biasa di klinik Putrajaya...jumpa pakar..everything was ok n selamat tuk nk balik ke kedah besoknya..mama datang teman kan saya kali nie...

- petangnya..dah siap kemas barang semua...masuk lam keta..bertolak balik bertiga ngan mama, abah n saya..singgah tanjung Malim n bermalam di rumah sis..condition saya n perut masih ok..masih boleh naik turun tangga lagi..

25hb Okt (selasa)
- awal pagi..bertolak balik dr tanjung malim ke Baling, kedah..singgah kejap je utk ke tandas...
- singgah di pengkalan hulu, utk lunch..
- jam 12tgh hr smpi umah..
-keadaan saya masih ok...
- petangnya, agak boring...duduk shaje..tak buat apa2..tapi mlm nya dah susah nk bangun duduk..(mungkin sbb travel jauh)

26hb okt (Rabu)
- duduk umah je seharian...

27hb Okt (khamis)
- bangun awal..siram pokok..sapu sampah...naluri hati ni..bb kurang bergerak..so, cuba untuk buat kerja rumah...maybe dok umah shaje tak buat apa..
- petang nya..jam 2...baby nyer kick baru 3x..rase tak sedap hati..bgtau mama...ikut mama ke hospital..terus ke labour room..buat CTG...graf menunjukkan bb tak aktif..doc nasihatkan ke Hospital Sultan Abdul halim, Sg. Petani untuk induce...alang2 bb pun dah 38weeks..so, dah bole bersalin katenya..huhu..hati ni dah berdebar..kol en suami..bgtau kena ke hosp...besok maybe bersalin...
- jam 4ptg..ke HSAH dengan adik, mama n makcik..terus ke labour room...nurse amik detail...then wat CTG lagi sekali...sambil2 tu, doc pelatih dtg amik history..banyak nyer soklan doc nie..huhu..tapi semua bole dijawab la...soklan mudah..hihihi..n then satu perkara yg paling tak suka...saye kena seluk...doc nk cek kalau2 bukaan dah ada..hohoho..azabnya...mujur jugak doc pompuan..cuba untuk cool down la...huh
- doc bagi options..since heart beat bb ok n tak da tanda2 nk bersalin..bole untuk balik rumah..atau nk induce je..pk punya pk..ty semua org...so, decide nk induce je la..alang2 dah kat hosp pun..kalau balik rumah, lom tentu bb nyer keadaan mcm mana...tak mo la amik risiko...
so, sy terus admit ward..dah dpt katil, ada baju pink..huhu..debor terus bila dah sarungkan baju uniform tu..diorng semua still ada lagi ngan saya...lepak sembang dulu..temankan saya makan..huhu..dah tak bapa nk selera sgt makan...risau..dlm hati nie, harap2 la induce besok pagi je...
- then doc wat round..ngan pakar skali...dr ridzuan dtg..tanya itu ini..then dia explain dlm bahasa medic la pd sorg lagi doc..sayer cepat2 ty, doc..bila induce? dlm senyuman je doc tu bgtau,mlm nie..zassssss terus rase mcm tak pijak tanah..huhuhu...lpas je doc ke next patient..terus kol mama..bgtau mlm ni jugak kn induce..terus tak keruan...solat isyak dulu..sebelum apa2 kan...doa supaya dimudahkan semuanya...
- jam 12 mlm nurse dtg suh saya masuk bilik rawatan..terpinga2 la saya sorg2 lam bilik tue..baring..hati dup dap dup dap...lama menunggu, baru nmpk doc ngan nurse masuk..adoiai..doc lelaki india plak nih..prosesnya...dia seluk lagi...nipis kan serviks...then baru masukkan ubat...huhu...mcm nk kejang kaki sayer menahan sakit..mmg nurse tua tu pun marah saya sbb tak rileks kan badan..camne nk rileks, sakittttt...
- lepas dimasukkan ubat, saya berjalan ke katil..rehat..then mesin ctg dipasang kat perut...tak lama lepas tu, sikit2 rase sakit tu dtg..sengal2 kat pinggang...mcm senggugut..terus takle tido..kejap mengiring ke kiri, kejap ke kanan..tido lentang...semua tak kena..sambil2 tu dok sms n calling mr hubby la..buat tenangkan diri..

28hb Okt ( Jumaat)
- saya tak tido semalaman..jam 5pg mama dah masuk utk jenguk keadaan saya..then ada air ketuban keluar sikit..lagi cuak rase nie...
- mama suruh mandi...then solat subuh...tak sempat nk solat subuh, nurse dtg lagi suh ke bilik rawatan lagi sekali..hohohoh...dlm hati doa, harap2 dah tak kena induce lagi...
- lagi sekali menunggu, tiba2 masuk lagi doc lelaki tapi kali ni, melayu..tebal je la muka nie..sakit..darurat kan..
- doc cek bukaan..baru 1cm!!!! astaghfirullah..sekali lagi menahana sakit nk masukkan ubat..hohoho...
- balik ke katil...then kakak samapi..bawakkan sarapan...ilang dah selera makan...sakit menguasai time nih...duduk baring je la....mesin CTG dipasang lagi...gelisah menahan sakit...huhu..
- minyak selusuh kejap2 minum..pastu sapu kat perut skit.sambil selawat....mr hubby jam 5pg dah bertolak dr terengganu..harap2 sempat la sampai on time...
-jam 10 doc dtg wat round...kata doc..nnt jam 1230 tgh hr, cek bukaan lagi skali..kalau tak cukup bukaan, ubat akan dimasukkna lagi skali...ya Allah..berdoa je la saya time tue..harap sgt dah tak payah masuk ubat lagi..tak tertanggung dah rasanya...
- sementara nk menunggu time tuk cek bukaan, saya berjalan2 sekitar wad..nk cepatkan bukaan...sambil2 tu, makcik2 bergilir2 masuk...usapkan belakang badan nie, temankan saya mandi...masa tu, rasa sakit kurang skit bila ada yg dok gosokkan belakang pinggng nie...
- tiba waktu melawat, penuh blik saya tue ngan sanak saudara...meriah...tapi saya tetap tercungap2 menahan sakit...jalan keliling bilik...kakak suapkan makan...
- then doc panggil untuk cek bukaan...berdebar sgt....tiba turn saya, kali ni mmg tak tertanggung la sakit nye...menangis2 jugak la saya...walaupun doc nyer perempuan mlayu, tapi garangnya!!dah lepas dia cek bukaan, katenya dah bole ke labour room..dah 3cm..huhu..lega tapi takut pun ada...
- jam 3ptg, nurse dtg bawak kan saya ke labour room...saya hanya dibenarkan bawa baju bb sepasang saja...dlm hati ada rasa excited..tapi nervous ttp ada...mama temankan saya ke labour room...
- tiba di labour room, saya dibaringkan atas katill..bila tgk semua peralatan tu...adoiiii...takutnya...nurse benarkan mama ddudk ngan saya kejap je...saya asik menangis sambil ty mama...lepas ni apa plak..mama bgtau, diorg akan pecahkan air ketuban...saya ty lagi..sakit tak?..biasalaaa..mama jawab...huhu...jahit sakit tak?..biasala...sakit bersalin.....adoiiiii...mama cuba tuk tenangkan tapi saya yg terlebih emosi..hihihi..
- then lepas mama keluar, masuk sorg doc lelaki cina...sambil2 bersembang, dia bgtau, dia nk pecahkan ketuban...masa ni, saya dah tawakal..apa nk buat pun buat la...alhamdulillah..tak rase sakit...drip dipasang kat tangan...then, tetiba ada sorang nurse datang..bgtau dia ni, kawan mama...katanya nmpk muka saya, ada iras2 muka mama..terus dia p cari kalau2 mama ada..huhuhu...mujur jugak aunty ni ada..dia terus bawak saya masuk ke bilik 3,..asalnya saya dia bilik 5...katenya, dia incharge bilik 3..kalau nk smbut bb ngan dia kena la tukar bilik 3..ooo..apa2 la aunty..semangat tul aunty ni nk tolong saya...awal2 tu, ook je lagi sembang2 ngan dia..cerita itu ini..katanya dia kawan mama masa sama2 kat wad bersalin di hosp baling dulu..tahun 70-an katanya..huhu..saya pun tak keluar lagi masa tue...
- sambil sembang2 tu, saya ni dok jugak la menhana sakt..kejap ke kiri kejap ke kanan...rase rimas ngan mesin CTG tu...kali ni mmg sentiasa melekat je la kat perut...then aunty bagi saya ubat tido..utk kuragkan rasa sakit..alhamdulillah...dapatla lelapkan mata kejap..bila dah abis ubat tue, masuk plak ubt tuk cepatkan bukaan...tuhan je yg tahu sakitnya time tue...meronta2 saya....keseorangan...tak lama lepas tu, saya nmpk ada 2 org yg tersayang masuk...heheh...mestila mr hubby...ngan mama...mama masuk kejap ja..terus keluar..mungkin tak sanggup nk tgk anak sendiri sakit kot...sejak tu mr hubby yg temankan saya...rase lega bila ada seseorang disisi waktu tu..walaupun tak dapat kurangkan sakit, tapi lega hati ni bila ada sesorang..teman berborak, teman pencetus semangat, n tempat lepaskan sakit..tak pasal2 saya yg urutkan lengan mr hubby time tue..hihi...apa2 ja la time tu..semua nya diluar kawalan...
-sekali lagi aunty offer gas penenang...tuk redakan sakit...tapi saya salah teknik..sedut gas tak betul..so, sakit tak kurang pun...semua nya pengalaman baru..mana la tau kannn
- then rase sakit sgt, mcm nk buang air besar...bgtau aunty, terus aunty cek bukaan...katanya dah 9cm..dah bole meneran...fuhhh lega...
- aunty suh saya meneran bila contraction dtg..dengan bantuan suami, katenya 10 kali saya push..keluarla permata hati kesayangan kami Qaid Faeth Wafiq jam 825mlm...skill push push tu belajar sendiri je..tak sempat ke kelas...heheheh...
- sakit semua ilang bila tgk anak atas dada saya time tue...terdetik hati nie, anak aku ke ni??mcm tak percaya saya dah jadi ibu..alhamdulillah....syukur semua selamat...
- last but not least....masa untuk menjahit..hohoho...ngeri rase....sakit nya...tak dapat digambarkan....mr hubby dah keluar bgtau sedara mara kat luar...n azan kan anak...katanya, tengah dia azankan anak tue, tetiba anak buka mata..pandang dia..terus kelu lidah...heheh...besarnya nikmat tuhan kan, bang!tak semua org dpt nikmat tue...
-lepas siap dijahit, nurse dtg pakaikan pad..tukar baju kain semua...dah siap!!
- then saya ditransfer ke mobile bed...disorong keluar dr labour room..sementara nk keluar tu, penuh sanak saudara menanti diluar..meriah...masing2 tak sabar nk tgk generasi baru yg pertama..hehehe...saya dan baby dah sekatil..mr hubby je berdiri kat sebelah..heheh...then bila semua dah setel, kami dosorongkan ke wad..then lalu sekejap di waiting area tue..klik klik klik kamera sana sini..samapi si anak terus nangis...heheh..terkejut agaknya tetiba bunyi suara ramai orang..hehehe
- tiba di wad, baby nangis lapar..susu badan plak takda...kesian baby...panggilkan nurse mintak susukan dulu...then bila dah kenyang, baru nurse hantar bb utk tido ngan saya...
-syukur alhamdulillah, tuhan kurniakan peluang ini untuk saya...

29hb Okt (sabtu)
- bangun pagi, sekali lagi ke bilik rawatan...doc nk cek jahitan..kali ni simple je la..tak sakit pun..
- lepas doc round, bagtau, saya dan bb boleh keluar wad hr nie..
- jam 2ptg, kami balik ke rumah selepas semuanya setel..;-)






Friday, August 26, 2011

:: Salam AidilFitri ::

Salam semua,

Sebelum balik ke kg nak menyambut raya nie, saya dan suami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir Batin..Pulang dengan selamat yea...Ingat yang tersayang..cewah..iyela kan..mesti mak ayah sanak saudara menantikan kepulangan anda semua...saya plak tahun ni, pertama kali beraya sebagai seorang isteri dan bakal ibu..belom ibu lagi yea..tapi ala2 pra-ibu la..sbb membawak bb lam perot..bezanya cuma tak kutip duit raya tuk anak je lagi..;-)

hurm, jangan lupa bawak balik baju raya...kueh raya n duit raya yea...tetinggal barang2 tue..nangisla...bagi saya, balik kg kali ni ada beberapa barang tambahan lagi...beg2 persedian ibu dan anak ke hospital...jgan lupa buku merah yea!!hurm, saya dah nk cecah usia kandungan 30minggu...huhuhu..bila dah 30weeks nie, mula la berdebor hati nie...tak lama lagi dah tue...harap sangat la saya dipermudahkan segala2 nya...balik ni dah bole buat air selusuh la kot...sbb dah cecah usia 7 bulan..

bila bercerita ttg balik kg nie, terbayang la keadaan jalan raya yang akan sesak ngan kereta..saya plak balik besok..sabtu pagi...sure la banyak kete kat jalan kan...apa nk buat..terima la..dah memang adat musim2 perayaan ni kereta akan banyak..cmne la keadaaan nk duk berlama2 lam kete tue...huhuhu..

okla, selamat berhari raya....


Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers Lilypie First Birthday tickers