Tuesday, June 7, 2011

:: Air ::

Sedikit info untuk dikongsi...taken from here..

Semua orang tahu, minum air adalah sangat penting dan sangat baik untuk kesihatan.

Tapi adakah anda tahu bilakah masa yang PALING BAIK untuk anda minum air?
* Air di sini bukannya air kopi, air teh atau atau air yang berperisa. Tetapi air di sini adalah AIR MASAK! Jangan salah faham pulak yer.

Baiklah, berbalik kepada persoalan tadi, bilakah masa paling bagus untuk minum air?


Minumlah air secukupnya...

Percaya atau tidak, pengambilan air dalam masa yang tepat boleh memberikan kesan yang optimum kepada kesihatan badan. Berikut ini adalah masa minum air yang PALING BAGUS seperti yang di syorkan oleh pakar-pakar perubatan.
  • Minum dua (02) gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman
  • Minum segelas (01) air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan
  • Minum segelas (01) air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah
  • Minum segelas (01) air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur
Kesimpulannya, kita sangat digalakkan untuk minum air masak yang secukupnya untuk kesihatan badan kita. Dan masa yang dinyatakan di atas adalah MASA PALING BAIK untuk minum air.
Persoalannya sekarang, berapa gelaskah anda minum air masak dalam sehari? Bila anda minum air masak? Lepas makan? Adakah masa minum itu sesuai?

Thursday, May 12, 2011

:: Asmara ::

i really enjoy citer asmara 2 nie...sebab aper???sebab lagu2 nya je...jalan cerita biasa2 je....bole la layan...n satu lagi sebb muka heroin tu chomel sgt...suka tgk...perfect!!huhuhu

Lirik Hingga Akhir Nafasku – Muzzy (OST Asmara 2)

Berikanlah aku
Sesuatu yang meyakinkan
Sesuatu yang takkan hilang
Yang terbaik untuk diriku
Tuk hidupku

Hulurkan tangan mu
Berikan ku keyakinan
Hingga akhir nafasku
Bila sampainya waktu
Terindah

Chorus:

Hingga akhir nanti
Ku hargai semua ini
Yang terindah
Yang tercipta
Dalam hidupku
Kisah hidup ini
Hingga ke akhir nafasku
Kan menjadi sejarah
Dalam hidupku

Takkan kau fahami
Apa yang tersirat di hati
Masa pantas berlalu pergi
Kenangan kan tetap di hati
Di hargai

Suatu hari nanti
Detik waktu kan terhenti
Hingga akhir nafasku
Bila sampai nya waktu terindah

Ulang chorus

Lagu & Lirik : muZzy & Ranizah


Lirik Lagu Terhenti Di Sini Asfan

Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Lirik Lagu Terhenti Di Sini Asfan @ Lirikami

Andai itu takdirnya - Syah Basree

Sinar mata hilang indah sinar
Bagai mengerti rasa
Dan suara
Pergi madah cinta
Namun apaku daya

Chorus
Andai itu takdirmu
Ku dakap redha
Hingga membawa dia
Ke syurga dengan yang Esa
Di sini kan ku
Ku mohon padamu
Doa kau selalu ku setulus kalbu
Ku serah segala padamu
Harapanku satu
Bisa adanya waktu

Berbicara tentang kisah kita
Tercipta penuh makna
Ku terima mungkin akhirnya
Jalani hidup kita

Ulang Chorus

Ku sujud atas kasihmu
Beri petunjuk untukku
Ku percaya
Untuk terus berharap sehingga ku mampu

Di sini kan ku
Ku mohon padamu
Doa kau selalu ku setulus kalbu
Ku serah segala padamu
Harapanku satu
Ada waktu

Ku serah segala padamu
Harapanku satu
Bisa ada kau waktu
Andai itu takdirmu

:: Kemaafan dendam yang terindah ::

salam semua..tetiba saya terpanggil untuk menaip perkataan seperti tajuk diatas...hurm...harap2 takde la pihak ketiga yang akan mengeruhkan lagi keadaaan...bace, then diam sudah hokkay!!!..kalau tak tau hujung pangkal cerita...jangan nak buat cerita baru....yang pasti perkataan ni cuma terlintas dipikiran saya beberapa minit yang lepas..cuma luahan hati...sebb tak nk simpan lama2 dalam kotak pikiran...takut jugak menjejaskan pikiran si kecik nie...iyela..mana la tau, kot naluri si ibu ni samapi plak ke dia..biarkan hati n otak nyer (dah tumbuh ke???hihihihi) besih suci bak kain putih....itu sahaja..noktah!!!

Thursday, April 21, 2011

:: Masak memasak ::

Salam....

saya nk story aktiviti suami isteri kitorang petang smlm..hikhihikhik..pada suatu petang..si isteri rasa lapar sangat2...so, masuklah si isteri ke dapur...untuk memasak...hairan lah en suami..apa isteri nya nak buat petang2 ni masuk dapur??..selalunya...beli aje..hikhikhik..mana ade, si isteri dah pasang angan2..nak memasak sendiri je minggu nie...selasa lepas dengan semangat waja ke pasar malam sorang2..beli lauk pauk nak masak utk seminggu nie...InsyaAllah..harap2 sihat la untuk masak memasak nie...so, mula2 operasi membersihkan udang la...dah dikeluarkan dr freezer awal lagi..so, tengah mencuci tue, en suami pun masuk bersama majalah..meneman kan si isteri nk memasak...rupanya baru en suami baru sedar yang dia baca majalah tahun lepas...outdated la bang!!heheheh...so, terus en suami mengacau apa yang ada atas api...saya tengah masakkan cili kering time tue...alang2 dah pegang senduk kan...terus si isteri menyuruh en suami menyambung keje2 untuk membuat sambal..di suruh kupas bawang..tak nak...so, saya bagi je apa nk buat...tapi, kena bagitau la step by step apa kena buat...mula2 toskan cili kering yang direbus tadi...then blend kan cili...then blendkan bawang plak..dah siap, terus saya suh panaskan kuali n minyak...nak masukkan bawang dalam kuali tak reti plak..bila saya tuang je ...terus en suami merampas senduk ditangan..katenya nak tunjuk skill memasak...sure sambal nyer sedap..ok, saya biarkan aje...tak sabar asik dok masuk garam...gula, so tiram..saya buat air asam..sebuk jugak nk kaco..katenya air tangan suami pun nk ada jugak..hihihi..apa2 je la bang..kita je yang nak makan...kehkehekhek...then bila bahan untuk kailan ikan masin dah siap...saya la yang masakkan kailan tue...saje je biarkan abang masak sambal...kalau sedap, lepas nie..kontrak, sambal udang mesti chef eizwal la kan..DEAL!!..hikhikhik..

dah setel semua, sementara menanti nasi masak, si suami tak abis lagi keje...ayam belum cuci lagi...hihi...sikit je ayam tu, tu yang mau tolong kannn....dah siap cuci, saya buat QC...hurm, not bad..ayam bersih...terus masukkan lam bekas then masukkan lam peti...besok bole wat paprik ayam tue kan....yumyum...

bila semua dah setel....sedia untuk dihidang n makan....burp..alhamdulillah..kenyang...

Tuesday, April 19, 2011

:: Trimester pertama ::

Pregnancy di bahagikan kepada 3 bahagian. Jumlah keseluruhan minggu mengandung di kira sebagai 40 minggu bermula drp tarikh terakhir period.

So, trimester pertama bermula drp minggu 5 hingga ke minggu 12.

Trimester kedua minggu 13 hingga ke minggu 26.

Trimester ketiga minggu ke 27 hingga ke minggu 40.

4 Minggu yg pertama

Anda: disebabbkan tarikh diambil drp tarikh terahir period, seseorang wanita itu tidak semstinya telah mengandung pada minggu ini. Selalunya, bila wanita tu perasan dia tak dtg kotor, dia telah mengandung 2 minggu.

me: tak tau pun yang diri ni dah mengandung time nie...siap jalan2 honeymoon g sabah lagi...syukur alhamdulillah...


Bayi: baby anda pada waktu ini masih di panggil janin, belum panggil bayi lagi. Baru bermula drp satu sel dan bergerak ke arah rahim drp fallopian tube.

Trimester Pertama

Minggu 5-6

Anda: masih belum nampak mengandung, anda mungkin juga masih belum tahu anda mengandung. Tapi tanda2 seperti kepenatan, kekerapan buang air kecil, lidah rasa pelik, loya dan kadang2 ada bau yg biasa rasa pelik

me: baru nak wat test...n confirm pregnant...wat self test then g klinik jugak...bila doc dah confirmkan...barula episod berjaga2 bermula...alahan belum ada lagi...


Bayi: Bersaiz biji limau (kecik), rupanya masih macam berudu tapi otak telah mula beroperasi, jantung dah mula mengepam keseluruh badannya, tulang belakang dan central nerbous sistem dia telah mula beroperasi.

Minggu 7-8


Anda: Payudara anda akan menjadi sedikit gelap dan pinggang anda sikit menebal (nampak gemuk sikit la.. selalu org yg tak sedar dia pregnent akan heran, apesal la aku gemuk nih? hehehe..). Semakin loya dan kepenatan di sebabkan hormon pregnant nih, emosi anda terganggu, sedih sgt atau gembira sgt, anda pun tak faham mengapa. Badan anda menghasilkan lebih byk darah, dan kadar degupan jantng anda bertambah.

me: minggu yang agak kritikal...mula terasa alahan light2...huhu...tak de memasak...sebelum ni, bau masakan mak cik jiran sebelah sedap je time balik keje...tapi minggu nie...uwekkk...tak sedap...terus loya tekak..makan dah tak bape nk selera...susu langsung tak bole minum..huhu


Bayi: Organ2 dalaman bayi yg utama mula tumbuh, now dia dah bersaiz kacang merah (kidney bean). Dia baru nak tumbuh jari, muka baru nak jadi mcm manusia, kelopak mata, lidah baru nak tumbuh. By minggu ke 8, ekor (yg macam berudu) tuh mula hilang, so sekarang dia tak dipanggil janin lagi.. dah boleh panggil fetus.

Minggu 9-10


Anda: kulit anda mungkin berubah menjadi lebih licin atau lebih berminyak semuanya disebabkan oleh perubahan hormones. Kepala anda mula terasa mabuk2 pening, gusi mula senang berdarah, so hati2 bila berus gigi.

me: still sama...alahan paling ketara time 7pg n 7mlm...tekak rase nak muntah je..makan ok cuma kena pk kan makanan yg sedap baru rase nk makan..


Bayi: Semua anggota bayi nda telah mulai ada waluapun belum sempurna sepenuhnya. bayi dah boleh menendang (tapi anda belum boleh rasa). Otaknya tumbesar dgn kadar yg sangat menakjubkan, 250 000 sel otak dalam seminit.

MInggu 11-12


Anda: Anda menjadi semakin lapar dan dahaga sebab metabolism anda bertambah. Mungkin ada satu line hitam kat perut anda (memanjang ke atas, dinamakan linea nigra) dan biasa lah ada benda nih (jgn risau, lepas beranak nanti Insya-Allah hilang). Selalunya time camnih bidan dah mula book anda untuk appoinment anda yg pertama (dan scan) dan bagi yg tak tahu tarikh bila due, time nih la dapat tahu dgn lbih tepat berdasarkan scan).

me: betul..cepat lapar..huhu...balik kg pun..makcik2 dah tegur muka nampk kering n gelap skit..perubahan hormon kot..huhu...nak bersolek??jauh sekali la...penyakit malas melanda...hihihi...dah bole masak n bau makan tu sket2 ok la...doyan???huhuhu..akan slalu diluar umah la kalau saya ada dalam rumah, k...perubahan kat badan..ade la skit2..tapi saya tak kisah...selagi rase sihat..okla tue kann..insyaAllah...akan ke klinik hujung April nie or awal Mei...;-)


Bayi: Bayi anda kini sepanjang ibu jari. Jari2 kaki dan tangannya mula berpecah, dah mula ada siku dan pergelangan tangan. Usus kecil, ginjal dan hat nya telah mula bekerja dan muka dia telah mula lebih macam manusia. Dia boleh menggeliat, golek dan menguap (cute kan?) dan tahap sebegini, bayi anda kurang terdedah kepada kecacatan disebabkan jangkitan (seperti rubella).

2 minggu yg pertama juga penting, sebab kalau berlaku keguguran, kebanyakannya berlaku sebelum 12 minggu, so ada org yg selalunya tunggu usia kandungan lebih 12 minggu sebelum dia bagitau org lain.

p/s: bercakap pasal pregnancy nie, saya jugak nk congrats pada kawan2 yang sama2 carry da babies tahun nie..insyaAllah, sama2 kita berdoa yang baik2 untuk diri ibu dan bb yea...kawan saya puan Aziyan (x-hmate n x-opismate), puan Amy (opis mate), puan Fiza (opis mate), puan nana (opis mate) ....semua ni sama mcm saya...menantikan anak sulong n harap2 ada lagi kawan2 saya yang akan mengikut jejak kami yea...chayok2!!


Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers Lilypie First Birthday tickers