Sunday, March 7, 2010

:: decided ::


sorry guys....i'm decided to stop blogging until...until everything is clear..sumthing in my mind...@ mission incomplete..hehehe....gudbye all!!!!

Wednesday, March 3, 2010

:: Kenali Virus Dlm Diri Anda ::

(Ditulis oleh Sahabat Blogger Santai @ al-Misri)

Kita tahu virus-virus yang membawa pelbagai penyakit merbahaya yang boleh memudaratkan kesihatan kita. Namun kita lupa ada virus yang lebih bahaya jika ia sudah mula menjangkiti hati kita. Virus-virus hati iaitu sifat-sifat keji yang bersarang di hati, bukan sahaja merosakkan ibadah kita, bahkan juga mengganggu pergaulan sesama suami isteri, jiran tetangga, rakan sekerja dan saudara mara. Jesteru itu, kita perlu mengenal penyakit-penyakit hati ini supaya segera mencari penawarnya .

Ego & Sombong

Mungkin kita orang yang berpangkat atau mempunyai harta yang berlimpah ruah. Boleh jadi juga kita adalah seorang yang mahir dalam bidang tertentu, lalu kita merasakan diri tidak setaraf dengan mereka yang berpangkat rendah atau tidak mempunyai apa-apa kelebihan. Ada waktunya kita merasakan maruah diri tercabar bila terpaksa duduk semeja dengan mereka yang dianggap golongan bawahan. Nampaknya kita tidak sedar hati mula dijangkiti virus ego dan sombong. Ingatlah bahawa ego hanya membuatkan diri kita terasa asing di kalangan rakan dan taulan. Hanya Allah yang maha hebat ke atas makhluk ciptaanNya.

Pemarah

'Naik angin' adalah salah satu tanda anda dijangkiti penyakit pemarah. Pantang ada yang kurang menyenangkan hati atau terganggu perasaan, mulalah hati rasa terbakar. Penyakit ini kalau berada di tengah pergaulan, boleh menyinggungkan perasaan pihak tertentu. Rasa marah perlu di atasi dengan bersangka baik, berlapang dada menerima teguran, pemaaf dan sabar. Dengan demikian kita dapat mewujudkan suasana yang harmoni dalam pergaulan.

Hasad Dengki

Virus ini kalau bersarang di hati, kita tidak akan hidup senang jika melihat kejayaan orang lain. Kegembiraannya hanyalah bila orang itu ditimpa kesusahan.
Hati selalu sahaja berkata,' kalaulah rezeki itu milik aku..' itu menunjukkan kita tidak redha bila Allah memberikan rezeki itu kepada orang lain, sebaliknya mengharapkan diberikan kepada kita. Sedangkan kita tidak berusaha untuk mendapatkannya.

Apalah gunanya menyimpan hasad dengki. Allah menentukan takdir seseorang dengan pemberian yang berbeza-beza. Jika ada kelebihan pada sudut tertentu pada seseorang, maka sudah pasti ada juga kelemahannya yang tertentu di mana kita diberi kelebihan itu. Bersyukurlah dengan apa yang ada pada kita.

Dendam

Dendam adalah satu penyakit di mana rasa tidak puas hati terhadap seseorang hingga timbul niat mahu menyakiti atau membalas perbuatan yang dilakukan. Perasaan dendam boleh merosakkan pergaulan bukan sahaja dengan orang yang didendami bahkan orang-orang yang rapat dengannya. Penyakit dendam ini boleh dihapuskan sekiranya kita sentiasa bersabar dan redha atas apa yang berlaku. Memberikan maaf adalah penawar mujarab bagi penyakit ini.

Buruk Sangka

Sangkaan buruk kita kepada orang lain belum dapat dipastikan lagi kebenarannya. Mungkin apa yang kita sangka, menyimpang terlalu jauh dari keadaan sebenar. Kesan dari penyakit ini boleh menimbulkan fitnah dan mengundang perasaan marah serta dendam orang lain kepada kita. Misalnya, kenalan yang kita sangka sombong dan tidak mesra seperti selalu, mungkin menghadapi masalah atau sibuk dengan kerjanya. Tetapi dengan bersangka buruk, kita mengambil tindakan dengan menjauhkan diri daripadanya. Buruk sangka ini boleh dihindari dengan membisikkan sangkaan-sangkaan baik dalam hati kita!


Bakhil/Kedekut

Di antara tanda penyakit ini menjangkiti hati ialah apabila terlalu berkira dengan orang lain. Jangankan hendak bersedekah atau memberi hadiah, hendak memberi hutang pun susah. Kita juga mungkin kedekut dari sudut ilmu. Pengetahuan yang ada susah hendak ditunjuk ajar kepada orang lain. Kononnya takut orang lain lebih berilmu dari kita. Kita tidak sedar, bahawa ilmu yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita adalah untuk dikongsi dengan orang lain.

Begitu juga dengan apa saja nikmat pemberian Allah. Kedekut dengan nikmat bererti kita tidak amanah dengan Tuhan. Sedangkan dengan bersifat pemurah dan sentiasa memenuhi hajat orang lain, Allah akan menolong kita memenuhi hajat kita pula, disamping membuka pintu pergaulan dalam suasana yang harmoni dan berkat.

KESIMPULAN

Sudah jelas dalam pergaulan, tindak tanduk kita dikawal dan dipengaruhi oleh hati. Sekiranya mahu memperbaiki pergaulan, maka terlebih dahulu perlulah mencegah atau merawat hati kita dari segala virus yang keji ini. Peliharalah hubungan hati dengan Allah dan sesama manusia.

Tuesday, March 2, 2010

:: TenTang SesEorang ::

Hari ni, fuhh..penat bejalan but i'm so happy sebb dapat spend my time with my lovely family..
alkisahnya bermula begini mlm lepas (ahad malm), tetiba akak cik puteri anta msg ckp dia otw ke umah cik puteri...
urm...pelik jugak tetiba nk datg...tapi da dpt agak da....takpela, just menunggu je dia dtg....
then at 10pm...sampai la dia n hubby....kunun berdua...wat muka tahan @ cover rahsia..nk belakun la kunun...teng teng teng...
mama n abah cik puteri dok menyorok disebalik tiang depan umah cik puteri...surpriseeee!!!!!hahahaha...
cik puteri nyer instinct betull!!!!...da dpt agak dah...so, tak der la tekejut sgt kannn...hahahahahaha...
saje je mama n abah cik puteri mai sini..hajat mama katanya nk dtg tukar kain psg yg dia beli hari tue kat jalan tar(lokasi wajib)...
okla, takpela....tak kisah..janji...meriah hidup cik puteri..hikhikhikhik
sembang itu ini kejap..jam 1pg kitrg pun tido...

besoknye..awai2 lagi abah dok perli..."org tu best nye tidoq...tak p opis ka?"...hahahaha...apa lagi..dah diorg dtg kannn..jauh2 dtg..
takkan cik puteri nak p keja plak...urm...mana mau....so, secara automatisnya..cik puteri cuti...hihihi...
pagi nya..sarapan dulu..sembang lagi..surfing internet jap..nk tunjuk banyak benda la kat abah mama....nk try survey tiket air asia...
nk cari rumah kitrg kat kg tu lam google map la....facebook la..ha, mama abah cik puteri pun da ada akaun fb tau..
just lihat je la perkembangan diorg ngan fb tu nnt..hahahah..jam 10pg ktrg baru siap2..seblm kuar,
plan dulu mana nak pegi dulu then ke mana until la balik mlm nie..hurm, mcm biasa mama abah kalu mai sni, aktiviti mesti padat punyerla..
ok, jam 11 pg kitrg kuar..cik puteri drive ke petronas dulu...nk beli tiket balik ngan bas mlm ni..actually,
mama abah ikut kakak n abg ke sini dr kg..kakak n abg balik kg cuti baru2 nie..ok, then bila dah dpt tiket....
ke shell..isi minyak keta penuh2 dulu..baru best jalan....then ke kedai tyre..keta cik puteri kena wat balancing...
bila dah smpi kedai bukan nyer tayar yg tak ok,siap kena tukar tyre la...chamber la..itu ini..terbang 5rat jugak..huhuhu...

da tgh hari tu g makan dulu...then ke jalan tar...tapi, sblm tu singgah jap kat muzium negara...nk singgah solat..
lepas tu baru ke jalan tar...itu ini kat situ...lepak jap kat kopitiam..nk hilangkan dahaga..penat jalan..banyak cakp...kita minum dulu!!!...
lepas tu baru ke low yat..nk cari laptop kat mama plak...saje abah kata nk hadiahkan mama laptop...utk besday mama bulan depan...
hahahah..ni kira hadiah bagi awai2 la...tahun lepas mama dapat jam tangan..fuhhh...best nyer la kan...tiap2 tahun dapat hadiah..
urm, sape tak syag isteri kannn....takpela, janji hepi!!!...ha, masa kat low yatt tu la, abg jurujual laptop tu mengingatkan cik puteri pada seseorg...
bukan pe, cara ckp nyer tu...wahhhh..hebat sgt...semua benda dia ada...tak der yg dia takder..pendek kata tak mo kalah la...
sampikan katanya dia wat sound system kat umah dia mcm studio la...pastu awai2 lagi bgtau dia g umrah..so what???!!!!...
cik puteri dulu2 dah biasa ngan karenah org ckp gini...setahun lebih jugak menghadap ngan org gini..so, tadi tau la gumana nk handle..
awai2 lagi cik puteri da perli2 dia...hahahahah...geram beb...tapi papepun, mashuk jugak poket dia...takpela, rezeki dia petang tadi...

bila kuar low yatt tu, da mlm...so, terus je la ke jalan duta...sementara nk menunggu kul 10.30mlm..kitrg lepak makan n solat dulu...
pastu menunggu la lam keta..sebb kakak cik puteri nk mengajar mama mcm mana nk handle laptop...nk on, nk shut down, nk guna internet...
mcm2 la..hahahah..cik puteri?dok menelek hp acer abah..tak puas hati sebb nk cari cara mudah nk send msg n mcm2 la..last2,
game yg cik puteri excepert..hahahahah takpe, abah da bagi pinjam hp dia tue..suh cik puteri explore abis2..
nnt da dpt caranya, baru ajar abah balik..huhuhu..so, besok jugak cik puteri nk surfing cari info tu semua....

lepas antar mama abah naik bas, cik puteri n kakak pun balik..tapi singgah upm jap..amik keta kakak kat abg...
mula2 planning akak nk tido je kat umah cik puterii, tup2..terus balik TM..takapela, ada husband...ikut je la kemana pun...
cik puteri tetapla kena balik umah...tido...bye!!!


Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers Lilypie First Birthday tickers