Tuesday, October 27, 2009

:: Cameron Highland ::

Sabtu lepas, cik puteri ngan adik n kakak n suami ke cameron highland....kitrg asalnya plan nk pegi ngan mama abah sebb kebetulan mama ada lagi kat sini...tapi memandangkan abah datang jauh dari kedah semata2 nak amik mama balik...terpaksa la mama ikut abah balik...nampak le muka mama macm tak mo balik ikut abah..heheheh....kecian mama...takpe, cadangnya mama nk datang kl lagi minggu nie...mcoz minggu depan ada meting kat mont kiara....harap2 jadila g cameron lagi...okayla, nak share happy moment cik puteri la plak...hehehhe...


mendengar amanat/pesanan sebelum bertolak....huhuhuh
kedai kraftangan orang asli yang dijual ditepi jalan....

pondok jual hasil utan..madu lebah..petai...dsb

@ tea shop
ladang teh



fresh flowers..sapa la nk bagi cik puteri bunga mcm ni?huhuhuhu



@ kea farm..tempat sayur2-an dijual dengan murah....


buah2-an kering...

sebelum balik dari kea farm...nk turun bawah..

cak!!!

beli bakul picnic...
Lepas balik cameron, memandangkan banyak cik puteri beli sayur2-an, so, cik puteri ngan kakak masak le kat umah...tadaaaa..ni la hasilnya...

Monday, October 26, 2009

:: ayat-ayat ::

Cik A bagi cik puteri madah nie...petang2 ni agaknya cik A sayu dibuai perasaan kot...so, layanzzz...

jangan layan saya baik SANGAT,kerana kebaikan tu bisa buat hati saya terpaut
jangan TERLALU amik berat pada saya nanti saya terpikat
jangan TERLALU mesra dan memanjakan saya nanti saya mengada2 dan lemah
jangan beri saya harapan jika awak tak mampu nak laksanakan dan
jangan ucapkan kata cinta jika awak TAK maksudkannya...

Cinta itu adalah sesuatu yang SEDAP jika dilihat, tapi BASI jika dibiarkan...
Cinta itu BUKAN seuatu hal yang indah, jika berakhir dengan perpisahan...
Cinta itu PENYAKIT, iaitu membuat jantung GEMENTAR.

:: Tips / Petua ::

Tips / petua ni cik puteri baca dari blog kawan cik puteri..dia ni dah tak lama lagi nak mendirikan umah tangga..so,, mmg kena banyak belajar la ilmu rumahtangga ni kan....n kepada kawan2 lain yang nk mendirikan umah tangga very2 soon..petua dibawah ni elok dijadikan panduan yea.....cik puteri?..baca je la...tak der mengharap lagi kearah itu...huhuhu....okkay, selamat membaca....fokus tau!!

Petua Membelai Cinta - Ustaz Ismail Kamus
PETUA MEMBELAI CINTA

INDAHNYA cinta jika bersulam keikhlasan. Moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila-bila.Namun panas yang diharapkan sampai ke petang, siapa sangka hujan turun ditengah hari. Puas sudah membajai cinta, dibumbui dengan kasih dan sayang, membelai dan memupuknya dengan penuh tanggungjawab namun pasangan yang bertakhta di sanubari tetap berubah hati. Terlalu sukarkah mencintai isteri atau sememangnya si suami tidak pernah mensyukuri?Datuk Ustaz Ismail Kamus membincangkan:"Perempuan umpama cermin, mesti cermat dan halus bila berhadapan dengan mereka. Lebih-lebih yang bergelar isteri. Sensitif, cepat kecil hati, merajuk dan minta dipujuk memang sifat wanita. Sebenarnya bukan susah melayan isteri.Seorang suami yang pandai mengambil hati, memujuk rayu jika diperlukan, bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda, ia sudah cukup dan memadai. Perhatikan hasilnya, si isteri akan sanggup bersusah payah menyediakan makan dan minum di samping menguruskan rumah tangga, malah sanggup pula ke hulu ke hilir menambah pendapatan suami. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, insya-Allah hidup pasangan begini akan rukun damai sampai bila-bila.Bagaimanapun hal ini merujuk kepada wanita yang melimpah ruah dengan kasih dan sayang. Mengutamakan rumah tangga dan berusaha menceriakannya walaupun si suami bukan berpangkat besar atau mempunyai wang yang banyak. Apabila ditujukan kepada wanita yang memegang prinsip, ada wang abang sayang, tak ada duit abang melayang lain pula penyudahnya. Jika yang dicintai itu adalah wang, yang disayang itu adalah kemewahan, memang rumah tangga tidak bahagia dan aman. Kerana yang diburu adalah wang dan harta, maka bila ada kedua-duanya di depan mata, si isteri akan berasa nikmat kebahagiaan namun bila semuanya melayang, wanita begini akan berasa terlalu kecewa dan bersusah hati" , ujarnya.Beliau menambah, " Bagaimanapun kalau dikatakan, peranan wang membeli kasih dan sayang, ia memang berkait antara satu dengan yang lain. Namun wang itu sekadar dijadikan sebagai alat dan bukan matlamat. Wang berperanan menyenangkan pasangan membina rumah tangga. Mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga, memiliki kenderaan dan apabila berlaku sebarang bencana, wang dapat merungkai masalah yang melingkari. Jika mengandaikan wang untuk membeli cinta dan mengeratkan kasih dan sayang, tandanya kita sudah tersilap menafsir. Sepatutnya utamakan nilai kasih dan sayang yang diberikan oleh suami atau isteri, justeru andai suatu hari kita ditimpa musibah dan hidup dalam serba kekurangan, tidaklah cepat melatah.Cuba perhatikan mereka yang tinggal di kampung. Ada pasangan yang hidup melarat dan menderita kerana tidak mempunyai wang yang banyak, namun ikatan kekeluargaan erat dan sendat dengan kasih dan sayang," jelasnya.Beliau tidak menafikan, wanita sekarang lebih ramai yang celik mata dan sedar tentang perlunya membelai cinta sampai ke tua, sedangkan lelaki asal ada orang yang menguruskan rumah tangga sudah memadai. Golongan begini, malas hendak memupuk atau membajainya walaupun mereka mampu melakukan.Wanita ketara sudah celik mata. Ini dapat diperhatikan dalam ceramah atau syarahan. Mereka lebih banyak jika dibandingkan dengan kaum Adam. Sekiranya intipati ceramah mengenai pasangan, pihak si isteri akan mudah terima dan berusaha berubah apatah lagi jika kena dengan cara dan pendekatan yang betul. Sebaliknya si lelaki yang turut mendengar tetapi kurang menghayati. Jika terima pun dengan perasaan sombong dan egonya dan memang sukar mengubah kesilapan.

WANITA - TULANG RUSUK YANG BENGKOK
Walaupun hakikatnya bahtera rumah tangga itu sepatutnya dikemudikan oleh si suami namun era kini menyaksikan lebih banyak wanita yang lebih sensitif mengekalkan kerukunan. Maknanya wanitalah yang lebih banyak bersabar, menelan pahit maung kekurangan pendapatan atau menghadapi kerenah suami yang kadang kala membosankan. Wanita sepatutnya berbangga dengan kejayaan ini walaupun asalnya daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok.Nabi bersabda, " Wanita itu dicipta daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok, maknanya jika dibiarkan sikapnya yang tidak elok, maka begitulah ia kekal selama-lamanya".Lantaran itu andai si suami ingin memberi nasihat, hendaklah secara psikologi dan lemah lembut sehingga yang bengkok itu akan lurus. Sebaliknya jika menggunakan kekerasan, maka tulang yang bengkok itu akan mudah patah atau pecah. Misalnya jika isteri pemarah, membebel dan cakap banyak, si suami anggap sahaja ia cubaan yang amat kecil.Allah berfirman, "Apa yang kamu tidak suka, itu adalah yang terbaik untuk kamu."Namun dengan perkembangan hari ini, nampaknya dunia sudah terbalik, si lelaki pula nampak gayanya banyak yang bengkok, selarnya.

CINTA DAHULU SEBELUM KAHWIN?
Memang ramai yang membincangkan dua perkara ini sama ada cinta dahulu sebelum berkahwin atau berkahwin dahulu baru bercinta. Ada orang bercinta lama, selepas kahwin berasa jemu pula. Mulanya pasangan masing-masing buat perangai. Ada pula sarankan, lepas kahwin baru bercinta, mereka dakwa pula lepas kahwin baru pecah tembelang pasangan masing-masing. Maknanya, tidak ada kaedah khusus, ia bergantung kepada jodoh masing-masing, dedahnya.Beliau menambah, "Contohnya pasangan orang tua dahulu. Masing-masing tidak kenal tetapi keluarga aturkan perkahwinan. Lepas kahwin kita lihat mereka kekal sampai berpuluh-puluh tahun dan orang tua-tua dakwa cara begitu lebih baik. Sebenarnya itu bukan formula tetapi kebetulan. Maklumlah tinggal di kampung, pergaulan bukanlah seluas atau semoden golongan yang tinggal di bandar. Jika berlaku pergaduhan, si suami tidak sampai hati menceraikan isteri, begitu juga si isteri jika minta cerai pun ke mana diri hendak dibawa?" soalnya.Sambungnya lagi, kedamaian hidup berumah tangga mesti dicatur sejak diawal perkenalan. "Mesti diselidik latar belakang pasanga kala peringka pemilihan pasangan. Sekiranya pihak lelaki atau wanita mengikut kriteria yang dianjurkan oleh Islam, insya-Allah akan ada kerukunan dalam perkahwinan. Namun jangan tersilap memilih, konon berkenan pasangan yang kuat agamanya. Kita hendaklah memandang dengan pandangan yang luas, bukan setakat sembahyang, puasa atau berzakat sahaja yang patut diambil kira. Antaranya hendaklah menjurus kepada nilai peribadi seseorang.Misalnya kesanggupan penerimaan kita kepada kerenah, gelagat atau tingkah laku pasangan. Kadang kala perangai lelaki membosankan dan tidak kurang ada yang menyejukkan, jika kita terima daripada awal maka redhalah sehingga akhirnya, kerana itulah suami atau isteri kita yang sebenar-benarnya.

LEPAS KAHWIN TERBONGKAR RAHSIA
Ditanya bagaimana mahu membelai cinta seandainya selepas berkahwin baru terbongkar rahsia keburukan pasangan, beliau mengulas. Memang sukar menelah kebaikan individu meskipun seseorang itu taat kepada ibadatnya.Pernah suatu ketika seorang lelaki menemui Saidina Omar dan berkata, bahawa dia telah memilih seorang lelaki untuk menjadi saksi.Lantas Saidina Omar bertanya, "Apakah engkau kenal lelaki itu?"Pemuda itu menjawab, "Tidak ya amirul mukmimin."Saidina Omar bertanya lagi. "Apakah engkau pernah bermusafir dengannya?"Orang itu jawab, "Tidak pernah,"Bertanya lagi Saidina Omar, "Apakah engkau pernah berjiran dengannya?" Orang itu menjawab,"Tidak pernah."Lantas ditanya Omar lagi, "Macam mana engkau kenal dia?"Dijawab si pemuda. "Saya selalu tengok dia sembahyang maka yakinlah dia memang baik."Omar berkata, "Engkau pergi dan selidiki lagi kerana engkau sebenarnya belum betul kenal kepadanya."Daripada kisah yang diriwayatkan maknanya, sekadar tengok seseorang sembahyang, berulang alik ke masjid atau membaca al-Quran belum bererti kita tahu perangai yang sebenar."Seeloknya ajak dia bermusafir, baru tahu kedekut atau tidak. Berjiran dengannya, baru tahu perangai peribadi, dan jika berniaga bersama-samanya baru tahu amanah atau sebaliknya diri seseorang. Jika sudah kenal hati budinya barulah boleh dia dijadikan kawan atau saksi. Begitu juga apabila mencari pasangan, selidik dahulu latar belakang dan nilai peribadinya. Caranya dengan menghantar wakil atau orang tengah yang boleh diharapkan," sarannya.Namun tidak dinafikan, apabila suami berubah sikap misalnya tidak lagi mesra seperti dahulu, tidak mahu bergurau senda apatah lagi memupuk kasih dan sayang si isteri akan makan hati dan menderita. Namun jangan sesekali dibiarkan sehingga meresap ke dalam hati dan perasaan yang akhirnya menjadi kebiasaan. Apabila suami buat perangai, cepat-cepat ditegur. Supaya dia segera sedar yang perbuatannya itu salah.Jika isteri terlalu sabar dan redha dibimbangi akan meresap ke dalam hati dan menjadi kesedapan kepadanya. Memang kenyataannya apabila menegur atau melembutkan hati suami, mereka akan lebih keras dan kasar. Gelagat perubahan ini lebih ketara apabila si suami sudah mula senang sedikit. Balik lewat malam, bersenang-senang dan makan-makan dengan teman-teman atau pergi berpoya-poya. Sebab itu dikatakan orang, wang sahaja membawa kebahagiaan tetapi mengheret kepada kecelakaan." Cara untuk mengatasi masalah suami yang berubah hati, si isteri tidak boleh membentak. Kerana lelaki yang berperangai begini, hatinya sudah keras. Si isteri mesti menggunakan pendekatan dengan cara yang paling lembut sehingga mereka sedar.Tidak dinafikan apabila si isteri berlembut, perangai suami semakin menjadi-jadi. Bagaimanapun cuba kita fikirkan, kalau membentak akan timbul pula permusuhan yang berpanjangan. Silap hari bulan, sisuami memukul atau mendera si isteri. Diam isteri bukan bererti redha dan bersetuju dengan perangainya cuma sekasar mana pun lelaki, namun jauh disudut hati pasti mempunyai belas. Kasihan dengan si isteri yang cukup tenang, sabar dengan perangainya yang buruk," ujarnya.Tambahnya lagi, "Ada masanya suami mesti disentak dengan perkara-perkara yang tidak dijangka. Misalnya seorang isteri yang sebelum ini banyak cakap tiba-tiba mogok. Lepas masak diam, lepas makan diam, hendak tidur pun diam, maknanya perangainya berubah menjadi pendiam. Mungkin dengan cara itu dia mampu meluahkan perasaannya daripada marah tidak tentu pasal kemudian dicop suami, dia derhaka." Seperti kisah seorang pemuda yang menyatakan hasrat mahu berkahwin tetapi dihalang oleh emaknya. Jadi dia mogok, kalau melawan, bimbang menderhaka kepada orang tua dan dia takut masuk ke dalam api neraka. Lantas dia diam sahaja sepanjang masa. Tidak makan, tidak minum, tidak tidur, sembahyang sahaja yang dilakukan.Lama-kelamaan ibunya bertanya, "Engkau sakit ke, asyik diam aja. Si anak menggelengkan kepala.Oleh sebab emak sayangkan anak, lantas disuruhnya si anak berkahwin. Barulah si anak bersemangat dan bahagia. Dalam kes ini si anak terselamat, tidak menderhaka kepada ibunya dan dapat pula berkahwin," ceritanya.

TEGUR CARA BERHIKMAH
Ismail Kamus menambah, jika sukar atau tidak sampai hati menegur suami yang buat perangai, gunakan orang tengah. "Memang susah mencari yang boleh dipercayai tetapi itulah cabaran yang mesti dihadapi. Bagaimanapun cara penyampaian orang tengah itu biar betul dan kena caranya sehingga suami tidak menyalahkan si isteri." Selain memberi nasihat, isteri hendaklah mohon kepada Allah dan bermunajat kepada-Nya tanpa jemu. Di samping itu bacalah surah Ali-Imran, ayat 83 yang maksudnya:"Apakah selain daripada agama Allah mereka cari, dan baginya, menyerahlahsesiapa yang di langit dan yang di bumi, secara sukarela dan terpaksa dankepada-Nya jua mereka dikembalikan.""Ayat ini hendaklah dibaca sebanyak 1,000 kali sehari. Apabilahendak digunakan baca tiga kali dan tiup kepada orang yang berkenaan atauditiupkan ke dalam air untuk diminum oleh orang tersebut. Mudah-mudahan,berkat doa dan air itu akan lembut hatinya."Menjawab persoalan, bagaimana membelai cinta jika si suami asyik panas baran beliau menjelaskan. Apabila suami baran, isteri kena sabar dan redha kerana itulah suami kita. Orang yang baran sebenarnya ada masalah. Jiwanya sakit tenat dan perlu diubati. Perhatikan di mana kelemahan suami dan cari punca kenapa dia marah. Kemudian kita cari jalan supaya dia tidak marah. Umpamanya kalau isteri lambat masak, suami akan marah, jadi si isteri hendaklah menyegerakan memasak. Ataupun setiap kali balik kerumah, suami mesti hendak minum, jadi cari jalan cepat-cepat sediakan minuman. Ertinya kita hendaklah menutup segala punca kemarahan suami dan lama-kelamaan penyakitnya akan reda.Kalau dia yang menyalakan api kemarahan, isteri hendaklah mendiam diri. Jangan sesekali marah kerana marah itu bukan milik kita tetapi haknya. Jika kita tentang kemarahannya, ia akan lebih cepat terbakar atau merebak. Lagipun api bukan lawannya api sebaliknya hendaklah disimbah dengan air supaya padam."Untuk meredakan, amalkan surah Toha ayat satu hingga enam dan baca sebanyak 1,000 kali. Tiup kepada ubun-ubun atau mukanya sehingga kepusat sebanyak tiga kali. Insya-Allah akan lembut hatinya."Antara maksudnya,"Tha, Ha, (Hai manusia), tiada Kami turunkan al-Quran ini supaya engkaumendapat celaka. Melainkan peringatan bagi or! ang yang takut (kepadaTuhan). Wahyu yang diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langityang tinggi. Tuhan yang Pemurah berkuasa di atas singgahsana. Kepunyaan-Nyaapa yang ada dilangit, apa yang ada di bumi, apa yang ada di antarakedua-duanya dan apa yang ada di bawah tanah."Sebelum mengakhiri perbualan, beliau sempat menegur sesiapa sahaja yang masih mengabaikan rumah tangga sebaliknya hanya mahu berseronok dan berserakah, hendaklah segera bertaubat.Nabi bersabda, Barang siapa yang telah melampaui 40 tahun namun kebaikannya tidak mengatasi kejahatan hendaklah dia bersiap sedia untuk masuk api neraka."Dedahan Ustaz penuh bermakna

Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia? Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?
• Sentiasa berdoa agar disayangi.
• Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
• Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
• Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untukmenyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
• Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadapisteri.
• Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
• Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
• Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dansebagainya).
• Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
• Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
• Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
• Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
• Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidakmengungkit atau banyak komen.
• Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
• Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secarasopan. Jangan menyalahkan isteri.
• Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
• Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
• Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
• Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
• Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar inginmemberitahu "AKU CINTA PADAMU ".
• Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
• Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
• Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
• Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
• Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
• Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
• Sentiasa lakukan ibadah bersama.
• Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
• Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
• Urut belakang isteri sekali sekala.
• Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
• Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri
.• Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.
• Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
• Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
• Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
• Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayakramai.
• Lebihkan isteri daripada anak-anak.
• Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.
• Seeloknya masuk tidur serentak.
• Belai isteri sebelum pergi kerja.
• Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
• Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
• Lakukan riadah bersama isteri.
• Pergi berkelah sekali sekala.
• Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.

Wednesday, October 21, 2009

:: a story worth sharing ::

4 years ago, an accident took my beloved away and very often I wonder, how does my wife, who is now in the heavenly realm, feel right now? She must be feeling extremely sad for leaving a husband who is incapable to taking care of the house and the kid. 'cos that is the exact feeling that I have, as I feel that I have failed to provide for the physical and emotional needs of my child, and failed to be the dad and mum for my child.

There was one particular day, when I had an emergency at work. Hence, I had to leave home whilst my child was still sleeping. So thinking that there was still rice leftovers, I hastily cooked an egg and left after informing my sleepy child.

With the double roles, I am often exhausted at work as well as when I am home. So after a long day, I came home, totally drained of all energy. So with just a brief hug and kiss for my child, I went straight into the room, skipping dinner. However, when I jumped into my bed with intention of just having a well-deserved sleep, all i heard and felt was broken porcelain and warm liquid! I flipped open my blanket, and there lies the source of the 'problem'.... a broken bowl with instant noodles and a mess on the bedsheet and blanket!

Boy, was I mad! I was so furious that I took a clothes hanger, charged straight at my child who was happily playing with his toy, and give him a good spanking! He merely cried but not asking for mercy, except a short explanation:
"Dad, I was hungry and there wasn't anymore leftover rice. But you were not back yet, hence I wanted to cook some instant noodles. But I remembered you reminding me not to touch or use the gas stove without any adults around, hence I turned on the shower and used the hot water from the bathroom to cook the noodles. One is for you and the other is for me. However, I was afraid that the noodles will turn cold, so I hid it under the blanket to keep it warm till you return. But I forgot to remind you 'cos I was playing with my toys....I am sorry Dad..."

At that moment, tears were starting to run down my cheeks...but I didn't want my son to see his dad crying so I dashed into the bathroom and cried with the shower head on to mask my cries. After that episode, I went towards my son to give him a tight hug and applied medication on him, while coaxing him to sleep. Then, it was time to clear up the mess on the bed. When everything was done and well past midnight, I passed my son's room, and saw that he was still crying, not from the pain on his little buttock, but from looking at the photograph of his beloved mummy.

A year has passed since the episode, I have tried, in this period, to focus on giving him both the love of his dad and mum, and to attend to most of his needs. And soon, he is turning seven, and will be graduating from kindergarten. Fortunately, the incident did not leave a lasting impression on his childhood memories and he is still happily growing up.

However, not so long ago, I hit my boy again, with much regret. This time, his kindergarten teacher called, informing me of my son's absence from school. I took off early from work and went home, expecting him to explain. But he wasn't to be found, so I went around our house, calling out his name and eventually found him outside a stationery shop, happily playing computer games. I was fuming, brought him home and whack the hell out of him. He did not retaliate, except to say, 'I am sorry, Dad'. But after much probing, I realized that it was a 'Talent Show' organized by his school and the invite is for every student's mummy. And that was the reason for his absence as he has no mummy....

Few days after the caning, my son came home to tell me, the kindergarten has recently taught him how to read and write. Since then, he has kept to himself and stayed in his room to practise his writing, which I am sure, would make my wife proud, if she was still around. 'cos he makes me proud too!

Time passes by very quickly, and soon another year has passed. It's winter, and its Christmas time. Everywhere the christmas spirit is in every passer-by... Christmas carols and frantic shoppers.... but alas, my son got into another trouble. When I was about to knock off from the day's work, the post office called. Due to the peak season, the post master was also on an edgy mood. He called to tell me that my son has attempted to post several letters with no addressee. Although I did make a promise never to hit my son again, I couldn't help but to hit him as I feel that this child of mine is really beyond control. Once again, as before, he apologized, ' I'm sorry, Dad' and no additional reason to explain. I pushed him towards a corner, went to the post office to collect the letters with no addressee and came home, and angrily questioned my son on his prank, during this time of the year.

His answer, amidst his sobbing, was : The letters were for Mummy.
My eyes grew teary, but I tried to control my emotions and continued to ask him: " But why did u post so many letters, at one time?" My son's reply was: " I have been writing to mummy for a long time, but each time I reach out for the post box, it was too high for me, hence I was not able to post the letters. But recently, when I went back to the postbox, I could reach it and I sent it all at once..."
Dear Mummy, I miss you so much! Today, there was a 'Talent Show' in school, and the school invited all mothers for the show. But you are not around, so I did not want to participate as well. I did not tell Dad about it as I was afraid that Dad would start to cry and miss you all over again. Dad went around looking for me, but in order to hide my sadness, I sat in front of the computer and started playing games at one of the shops. Dad was furious, and he couldnt help it but scolded and hit me, but I did not tell him the real reason. Mummy, everyday I see Dad missing you and whenever he think of you, he is so sad and often hide and cry in his room. I think we both miss you very very much. Too much for our own good I think. But Mummy, I am starting to forget your face. Can you please appear in my dreams so that I can see your face and remember you? I heard that if you fall asleep with the photograph of the person whom you miss, you will see the person in your dreams. But mummy, why havent you appear?
After reading the letter, I cant stop sobbing. 'cos I can never replace the irreplaceable gap left behind by my wife....
For the females with children:
Don't do so much overtime. If you cannot finish the work, it must be some kind of problems within the company, and it is not your sole problem. Feedback to your boss. Endless overtime may not necessary be the answer to the problem. Take care of your health so that you can treasure and take care of your little precious.
For the married men: Drink less, smoke less, cos nothing can replace your good health, not even business nor clients.Try thinking this way, are you able to work till your clients are totally dependent on you? or your boss is totally dependent on you? In this society, no one is indispensable.Take care of your health, so that you can take care of your little precious and your loved ones.
For those singles out there: Beauty lies in loving yourself first. With confidence and loving yourself, you will see the beauty in other things around you. You will be able to work better and happier. Don't let your health be affected by your work or your boss, so nothing matters more than your well being.

Monday, October 19, 2009

:: masjid besi, putrajaya ::

jumaat mlm yang lepas....family cik puteri semua dtg putrajaya..kakak dari tanjung malim...abag ipar dari upm, abah mama dari kedah..adik dari uia....kul 7 mlm diorg semua sampai putrajaya...cik puteri jumpa diorang kat masjid besi..mama kata nk try masuk n semayang kat lam masjid besi tue..tu yang p singgah kejap...cik puteri da siap semyang kat umah...so, bila time mama semayang tue...cik puteri n kakak mula2 dok syok posing sana posing sini...cantek bangat senibina dalam masjid tue...simple but exclusif...semua nya berasaskan besi...so, kaler yang ada hanya silver n putih je la...n kat tingkat atas tu ada kolam disebelah kiri n kanan masjid...sebelah kiri...kolam tu akan nmpak seolah2 bersambung terus ngan tasek putrajaya....n sebelah kiri tue..bila kita berdiri akan nmpk terus menghadap ke arah pejabat PM..so, lampu2 tu cantik sngt..lepas je adik siap solat..dia plak join...apalagi, cameraman kitrg la....heheheh..then mama plak join..kuikuikuikui...so, taknak citer panjang la...enjoy da pics,kay!!!!

cik puteri ngan mama..

besar tiang tue...



dalam masjid...




cik puteri ngan kakak...

berlatrbelakang kan jambatan ke-2 putrajaya...










Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers Lilypie First Birthday tickers