Thursday, October 28, 2010

:: to-do-checklist ::

Checklist ni cik puteri dapat dari http://pengantin-to-be.blogspot.com Bagus untuk orang yang baru nak blaja2 prepare macam cik puteri. hikhikhikhik

Checklist untuk pengantin lelaki dan perempuan:

•Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.
Alhamdulillah. Kami berdua dah selamat berkursus walaupun secara berasingan.


•Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.
Erm, masih terlalu awal lagi kot kalau nak tempah tok kadi..lagipun abah bole tolong dlm hal nie

•Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
amik khidmat photographer adik sendiri je…n printing plak, baru je cik puteri cancel ngan satu company tue…asalnya pakej..tapi baru deal satu item, dah ada bau2 hidden charge..hurm, bek cik puteri hilang rm100 dr rugi rm 999…huhuhu


•Membeli cincin kahwin.
lom beli lagi…rege emas mahal nyeeee!!!!!!!!


•Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
bab ni mama n abah cik puteri dah pun tempah ngan satu caterer kat sg petani..n deposit pun dah bayar..so far, puas hati la berurusan ngan caterer nie….


•Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
InsyaAllah cikputeri akan jemput semua kawan² dan orang² yang cik puteri kenal. Maybe akan start collect address diorang 2 bulan sebelum majlis.

•Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ
Majlis maybe guna PA system yang cousin cik puteri handle kat umah nnt..guna je la apa yang ada kat umah tue… Kompang sedang dalam proses pencarian lagi skang nie..


•Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
Tengok keadaan and bergantung pada budget leeeee….

•Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.
wawawawawawawawaw………nampak tak kat soklan tu..."jika" yea...

0 comments:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment