Monday, February 22, 2010

:: rindu @ i'll never forget u ::


Berdirinya Seorang Perindu

Sikap mu meremukkan hati
Sengaja kau kenang lagi
Kisah menyentuh hati gelisah diri ini
Adakah ku diuji

Kasih ku yang terlalu dalam
Usahlah dipersendakan
Sabar dan kejujuran jadi akar cinta
Agar kita bahagia

Berdiri aku di sini bukan untuk seketika
Berdiri aku sebagai perindu
Meski pun jiwa ku sedih
Terasa bagai dihiris
Namun ku tersenyum selalu
Ku sentiasa beri kesempatan
Semoga ada ruang kemesraan

Kita yang punya perasaan
Terkadang rasa terkilan
Janganlah dikeruhkan kasih yang sedang tenang
Kerana ku merindu



*****************
Rindu......
Ada yang kata amat perit ketika merindu.....
Namun manis ketika dirindui......
Bg aku rindu adalah sesuatu yang unik....
segala mcm rasa terkandung dalamnya.....
rindu mengajar kita erti keperitan....
rindu mengajar kita erti kemanisan....
rindu membuai rasa....menghancurkan hati....melukakan jiwa....
Namun yang pasti....
rindu tetap sesuatu yang menguatkan kasih kita pada seseorang....
- sherkmarch -

rindu itu buatku resah
rindu itu buatku gelisah
rindu itu juga amat mengasyikkan
ada ketika ia amat perit
ada masa ia begitu syahdu
dan ada ketika
rindu itu jualah memaksa mutiara itu bersendu
-akira-


0 comments:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment


Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers Lilypie First Birthday tickers