Friday, May 8, 2009

:: Perlukah sebab untuk menyintai? ::

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada
si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang
memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh
katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh
menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan
bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, "Baiklah! Abang
mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu,
penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama
Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun
begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si
suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya
masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap
mendengar,

"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang
bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintaimu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai
sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih
mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat,
dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma
itu..... -end of story-

2 comments:

Cahaya said...

yup..agree
Cinta xperlukan sebab
Cinta itu satu perasaan yg dapat di rasa oleh hati..ecewah:-)

cik puteri said...

cik puteri ingat pepatah nie.."u, untuk mencintai seseorang itu tak perlu sebab..tapi rasa itu akan datang dengan sendirinya..."saper cakap tu cik Y yea?hahahah

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment